Di Malaysia Pengawal_keselamatan

Di Malaysia, Pengawal Keselamatan atau istilah lama (Jaga/Opas) adalah satu pekerjaan yang merangkumi perlindungan keselamatan dan pertahanan.[perlu rujukan] Oleh itu,Kementerian Dalam Negeri telah menggariskan sebahagian syarat-syarat kelayakan untuk berkerja dalam sektor ini. dan bagi ketegori Asing, hanya Rakyat Nepal sahaja di benarkan berkerja dalam sektor ini dan ianya juga yang dikenali sebagai Gurkha biasanya lebih dipercayai untuk menjadi pengawal keselamatan.[2] Sejak zaman penjajahan British hingga sekarang, Gurkha dipanggil menjadi tentera di seluruh dunia, termasuk di Singapura. Ketumbukan askar Gurkha pernah bertugas di Tanah Melayu, termasuk mengawal 'Gate Broga', 'Gate Kachau', 'Gate Kajang' di Semenyih semasa zaman Darurat Tanah Melayu.